Campuran Sempurna Teh Hijau San Francisco

Rantaian kopi premium San Francisco (SF) Coffee kembali menarik minat rakyat Malaysia dengan minuman Matcharena terbaru – frappé teh hijau yang menyegarkan.

Dengan tujuan untuk memenuhi cita rasa pelanggan yang sentiasa berubah, SF Coffee telah mencipta Matcharena sebagai tambahan terbaru kepada siri bulanan SF Coffee yang menarik untuk masa terhad sahaja.

Adunan istimewa antara teh hijau dan krim dengan sedikit kemanisan vanila membuahkan minuman menyegarkan kala cuaca panas. Nik Azwaa, Ketua Pemasaran SF Coffee berkongsi bahawa minuman Matcharena ini juga memberi penghormatan kepada lagu popular Sepanyol “Macarena” oleh Los del Rio.

Bersempena dengan kehadiran minuman baru ini, bermula dari 10 Mac hingga 31 Mac 2018, pelanggan boleh memenangi baucar SF ‘Beli 1 Percuma 1’ dengan membuat versi Matcharenamove mereka sendiri selama dua ke tiga saat dan kongsikan di Facebook atau Instagram bersama tanda pagar #SFCoffeeMatcharena.

Tersedia dari 6 Mac hingga 30 April 2018 sahaja, pelanggan boleh membeli Matcharena pada harga RM16 untuk saiz biasa (16oz) dan RM17 untuk saiz besar (20oz).

SF Coffee kini mempunyai 39 cawangan yang terletak di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pahang. Untuk maklumat lanjut mengenai San Francisco Coffee, sila layari www.sfcoffee.com.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter