Bertih Jagung Matcha CaramelCrisp Aura Shizuoka, Jepun

Nikmati keenakan perisa Matcha CaramelCrisp yang boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja. Menggunakan matcha yang diperoleh dari wilayah Shizuoka di Jepun, setiap butir bertih jagung Matcha CaramelCrisp memberikan sensasi rasa yang tiada tandingan.

Sejak 1949, Garrett Popcorn dibuat dengan tangan setiap hari dalam kelompok kecil, dalam periuk tembaga menggunakan bahan yang berkualiti dan tanpa pengawet.  Matcha CaramelCrisp tidak terkecuali.

Dirumus khas oleh pasukan Garrett untuk menambat selera peminat Garrett di Asia, serbuk matcha asli yang dipilih membawa rasa teh hijau yang nyata serasi dengan bertih jagung Garrett CaramelCrisp daripada segi aroma, kualiti, rasa, tekstur dan warnanya. Serbuk matcha berkualiti premium diadun ke dalam setiap kelompok bertih jagung CaramelCrisp buatan tangan setiap hari, untuk meningkatkan keenakan rasa Garrett CaramelCrisp.

Matcha CaramelCrisp boleh didapati untuk tempoh terhad mulai 14 Julai sehingga 13 Ogos, 2017. Dapatkan satu tin bertih jagung perisa tersendiri ini di Garrett Popcorn Shops di Pavilion, Mid Valley, KLCC, 1Utama atau klia2!  Harga untuk resipi tempoh terhad ini bermula daripada RM18 untuk beg kecil, sementara stok masih ada.

Promosi Summer Breeze

Nikmati kesegaran udara luar dan nikmati Garrett bersama rakan dan ahli keluarga, dengan tikar perkelahan Garrett yang boleh dilipat dan senang dibawa. Ambil kesempatan tawaran khas ‘pembelian dengan pembelian’ Garrett, di mana pelanggan diberi peluang untuk membeli tikar perkelahan Garrett pada harga istimewa RM19 dengan setiap pembelian bernilai RM39 ke atas. Anda juga boleh mendapatkan tikar perkelahan Garrett secara percuma dengan pembelian bernilai RM159 ke atas. Kedua-dua tawaran tersebut sah di semua Kedai Garrett Popcorn di Malaysia sementara stok masih ada.

Kedai Garrett Popcorn Shops di Malaysia kini di lokasi berikut:

  • Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Elite Tower, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Lot G001-B, Tingkah Bawah, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
  • Lot C151, Aras Concourse, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
  • Lot G140, Tingkat Bawah, 1Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
  • L2-112, Aras 2, gateway@klia2, Kuala Lumpur International Airport 2, Sepang, Selangor

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter