Ayam Brand Rai Ulang Tahun ke-125 dengan Kempen Amal

Ayam Brand telah menetapkan satu lagi pencapaian besar setelah meraikan ulang tahun ke-125, tahun ke-10 kempen Ayam Brand Community Care dan dinamakan sebagai jenama terkemuka di rantau ini untuk penggunaan minyak kelapa sawit mampan oleh World Wide Fund for Nature.

Tema untuk sambutan ulang tahun yang ke-125 dan kempen Ayam Brand Community Care adalah We Care, We Are Family. Lebih daripada 10 tahun kempen ini telah memberi manfaat kepada hampir 18,000 orang daripada 421 organisasi amal – menyediakan mereka dengan 3,234,600 makanan berkhasiat sebagai sebahagian daripada usaha jenama ini untuk menyediakan penjagaan yang baik kepada masyarakat.

Kempen amal 2017 telah mendekati 59 rumah kebajikan di 10 lokasi seluruh Malaysia dan juga Brunei, menyediakan 381,960 makanan sihat kepada mereka yang memerlukan. Mereka diberikan produk Ayam Brand yang mencukupi untuk makan tiga kali sehari selama dua bulan.

Kempen ini termasuk pertandingan Ayam Brand Junior Chef yang bertujuan mengajar kanak-kanak kemahiran memasak, selain menyuntik habit menyediakan pilihan juadah yang lebih menyihatkan.

Penerima di Kuala Lumpur dan Selangor adalah Rumah Kasih, Rumah Solehah, Pertubuhan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Home of Peace KL, San Pedro Orphanage Home, Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Persatuan Rumah KIDS dan Trinity Children Centre.

Ayam Brand menekankan sumbangan produk sardin, makarel dan tuna kerana kebanyakan rumah amal ini tidak mempunyai akses kepada sumber omega-3 yang baik, di mana ia adalah asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 boleh membantu mencegah penyakit jantung koronari, menggalakkan aktiviti saraf yang sihat, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imun yang sihat dan merangsang pertumbuhan sel. Ia juga penting dalam perkembangan otak dan penglihatan di kalangan kanak-kanak.

Kempen Ayam Brand Community Care ini sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memerangi obesiti dengan mendidik dan menggalakkan kanak-kanak dalam membuat pilihan makanan yang baik.

Produk kegemaran ramai ini terkenal dengan rangkaian makanan mereka yang sihat, mudah dan bebas pengawet. Kesemua produk Ayam Brand bebas dari MSG dan bahan pengawet, boleh dimakan terus dari tin serta disahkan Halal.

Baru-baru ini, Ayam Brand diiktiraf sebagai leader oleh World Wide Fund for Nature (WWF) dalam Palm Oil Buyers’ Scorecard – Malaysia and Singapore 2017 untuk penggunaan minyak kelapa sawit yang berlanjutan. Jenama itu bertukar kepada minyak kelapa sawit yang mampan pada 2010 dan menjadi salah satu daripada beberapa syarikat tempatan untuk membuat komitmen ini.

Syarikat ini juga mempunyai banyak inisiatif kelestarian yang berterusan untuk menjadi lebih hijau dan bersih daripada segi alam sekitar untuk menyediakan pilihan makanan dalam tin yang lebih sihat serta lebih bertanggungjawab kepada penggunanya, termasuk berjanji untuk memiliki semua bangunan dan kilang yang diperakui Green Mark sebelum 2030 dan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25 hingga 33 peratus dengan pemasangan panel suria 1.4 megawatt di atas bumbung enam kemudahannya di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.

,

Type keyword(s) and press Enter