Aplikasi Hiburan AppsMe Diperkenalkan di Malaysia

AppsMe yang juga aplikasi interaktif terkini sudah mula mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna sekalipun baru dilancarkan. Platform siaran langsung yang memberi peluang kepada pengguna untuk mempamerkan bakat mereka sambil menghiburkan khalayak, pertama kalinya dilancarkan di Taiwan tahun lalu.

Terbaru, ia telah dilancarkan di Malaysia yang disiarkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina. AppsMe memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan penyiar kegemaran mereka. Pengguna turut berpeluang untuk menikmati persembahan secara langsung pada platform berkenaan sambil berinteraksi dengan penyiar. Aplikasi yang mensasarkan pengguna berusia antara 16 hingga 60 tahun ini juga membolehkan pengguna berinteraksi dengan penyiar dari luar negara, bukan sahaja tempatan.

Pengguna boleh memancarkan siaran langsung melalui aplikasi tersebut. Selain itu, mereka juga boleh berkongsi siaran tersebut di platform media sosial seperti WeChat dan Facebook. Individu yang berbeza latar boleh menggunakan aplikasi ini untuk mempamerkan bakat dan berkongsi dengan pengguna dari pelbagai negara.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk berinteraksi dengan penyiar daripada kategori berbeza. Aplikasi ini menampilkan penyiar daripada bidang hiburan hingga ke produk kecantikan dan bidang sukan. Mereka berpeluang berinteraksi bersama-sama selama minimum tiga jam sehari. Selain itu, pengguna boleh membeli hadiah untuk penyiar yang menjana pendapatan bagi penyiaran.

“Kami percaya platform ini mampu meningkatkan kewujudan penghibur, bukan sahaja di dalam negara mereka sendiri malah dalam rantau lain.

AppsMe menawarkan jenis kandungan yang berbeza. Penonton boleh memilih kandungan yang ingin ditonton dan berinteraksi dengan penyiar. Ia bukan sahaja kandungan tempatan, tetapi juga kandungan dari pelbagai negara. Ini menyediakan penonton dengan kepelbagaian jenis kandungan” kata Ashlee Pang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AppsMe.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai AppsMe, anda boleh muat turun aplikasi ini di Apple App Store atau Google Play Store.

, , ,

Type keyword(s) and press Enter