7 Remaja Dipilih Untuk Menjadi Disney Mouseketeers Pertama Dari Malaysia

Selepas pencarian di seluruh negara, seramai tujuh orang bakat muda telah dipilih untuk menganggotai kumpulan Mouseketeers yang pertama di Malaysia. Mereka akan menjadi hos kepada rancangan saluran Disney berbilang platform “Club Mickey Mouse” yang akan disiarkan buat pertama kali di Asia Tenggara.
 

 
Rancangan “Mickey Mouse Club” dimulakan oleh Walt Disney pada tahun 1955, yang berasal dari Amerika Syarikat. Kini rancangan itu telah diperbaharui dan diperkenalkan sebagai progam digital pertama “Club Mickey Mouse.” Di Malaysia, rancangan ini telah disusun semula menjadi sebuah rancangan kontemporari dan unik di Malaysia bagi menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga menerusi persembahan muzik, komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti. Antara selebriti yang dijemput termasuklah aktres Nur Fazura, aktor dan penyanyi Fattah Amin dan rapper hip-hop, Joe Flizzow.
 
Barisan Mousketeers yang terdiri daripada remaja berbakat yang berusia 13 sehingga 16 tahun akan diketuai oleh ketua Mousketeers iaitu Charis, personaliti gaya hidup popular YouTube yang dikenali ramai rakyat Malaysia. Antara barisan Mouseketeers yang lain adalah:

  • Faiz, 15 tahun adalah pemenang “Club Mickey Mouse Star Search” yang dijalankan selama enam minggu di seluruh Malaysia.
  • Natasya, 14 tahun¬†adalah pemenang “Club Mickey Mouse Star Search” yang dijalankan selama enam minggu di seluruh Malaysia.
  • Dheena, 13 tahun
  • Erissa 14 tahun
  • Wafiy, 15 tahun
  • Gabriel, 16 tahun

 
Seiring dengan keupayaan digital yang semakin canggih, “Club Mickey Mouse” akan membawakan pengalaman berbilang platform yang unik untuk memberikan para peminat pelbagai cara untuk meraikan minat mereka terhadap Disney. Selain dari rancangan aneka ragam melalui Saluran Disney, terdapat juga rancangan 16 episod secara digital yang bertajuk, “Club Mickey Mouse Extra.” Peminat boleh berinteraksi dengan Mouseketeers menerusi media sosial.
 
Peminat boleh menyaksikan semua kandungan digital ini melalui platform media sosial Saluran Disney (YouTube: YouTube.com/Disney Channel Asia; Facebook: Facebook.com/Disney Channel Asia, dan Instagram: Instagram.com/disneymalaysia) atau melalui Club Mickey Mouse
 
Rancangan ikonik untuk kanak-kanak ini mula disiarkan pada 1955 di Amerika Syarikat dan sejak itu, ia telah dihidupkan semula, diberi format baru dan diolah semula agar rancangan ini tetap relevan dengan penonton. Rancangan ini juga turut melahirkan beberapa nama besar seperti Britney Spears, Justin Timberlake, Christina Aguilera dan Ryan Gosling.
 
Rancangan ini akan bersiaran melalui Saluran Disney (Astro Ch 615) pada Jumaat, 15 September pada jam 1.30 petang. Ia juga turut disediakan menerusi Astro Go dan On Demand. Pelanggan Astro juga boleh menyaksikan siaran pertama “Club Mickey Mouse” melalui Disney XD (Astro Ch 617) dan Disney Junior (Astro Ch 613) pada masa yang sama.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter