5 Isteri Jutawan Yang Hebat

Memiliki suami yang kaya tidak bererti anda perlu hidup hanya menunggu wang belanja dari suami anda. Anda juga boleh jadi berjaya sama seperti suami anda seperti yang dilakukan oleh wanita ini. Mengahwini lelaki kaya bukanlah satu alasan untuk mereka tidak mengejar impian yang telah ditetapkan sejak dari dulu.
 
Jelita senaraikan lima isteri jutawan yang hebat seperti suami mereka.
 
1. Salma Hayek


 
Salma Hayek telah berkahwin dengan Francois- Henri Pinault, jutawan yang menguruskan jenama ternama seperti Gucci. Bagaimanapun, Salma lebih dikenali menerusi lakonan selain daripada menjadi duta produk atau aktivis untuk Unicef.
 
2. Neeta Ambani

Old memories ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

A post shared by Neeta Ambani (@neeta_ambani) on


 
Neeta telah tersenarai sebagai usahawan wanita yang paling berpengaruh pada tahun 2016 oleh Forbes. Dia juga adalah pemilik bersama pasukan kriket Indi dan juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Suaminya pula adalah lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani.
 
3. Dasha Zhukova

Gambar: Sumber Google


 
Walaupun dia telah mengahwini salah seorang lelaki terkaya di dunia, Dasha Zhukova ternyata lebih menonjol daripada suaminya. Jelitawan ini adalah ketua editor untuk majalah Garage, pereka fesyen serta usahawan yang sangat mencintai seni secara mendalam sehinggakan dia bekerjasama dengan Rem Koolhaas, seorang arkitek untuk membina muzium seni moden di Moscow.
 
4. Julie Chen

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜„๐Ÿ˜Š๐Ÿ™‚๐Ÿ˜Œโ˜บ๏ธ

A post shared by JULIE CHEN (@juliechencbs) on


 
Julia adalah antara hos paling lama untuk rancangan hit CBS “Big Brother” selain bekerja sebagai pembaca berita dan penerbit. Suaminya, Les Moonves adalah presiden dan CEO CBS.
 
5. Diane von Furstenberg


 
Nama yang cukup popular dalam industri fesyen. Pereka fesyen, Diane von Furstenberg terkenal kerana mencipta wrap dress dan dia pernah menerima Lifetime Achievement Award 2005 dari Council Fashion of Amerika (CFDA) sebelum menjadi presiden setahun kemudian. Suaminya pula adalah pengurus syarikat IAC iaitu Barry Diller.
 
Sumber: GLAM

 

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter