Uniqlo kini di Aeon Mall Bandar Dato Onn, Johor Bahru

Peminat fesyen minimalis di Johor Bahru kini boleh mendapatkan pelbagai variasi pakaian Uniqlo dengan lebih banyak pilihan kerana Uniqlo mengumumkan untuk membuka sebuah lagi cawangannya di Aeon Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Menariknya ini adalah butik terbesar Uniqlo di Johor Bahru! Jadi untuk sesiapa yang inginkan kepuasan membeli-belah tanpa rasa sangsi, boleh cuba ke butik terbaru ini pasa 7 September ini dengan menawarkan promosi eksklusif hasil kolaborasinya bersama Aeon Mall sempena pembukaan butiknya.

Sepanjang meletakkan jenamanya di seluruh Malaysia, Uniqlo kini memiliki 42 butik di Malaysia menjadikan ianya butik jenama Jepun terbanyak di Malaysia. Semenjak pertambahan cawangannya hampir seluruh negeri, Uniqlo mendapat sambutan berterusan dari masyarakat tempatan. Kolaborasinya bersama Hana Tajima turut mendapat reaksi positif para muslimah di Malaysia.

Sewaktu pelancaran, 1000 pelanggan yang berjaya menjejakkan kaki ke pusat beli belah tersebut akan menerima hadiah misteri bersama baucar edisi terhad bekas minuman Uniqlo. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli belah RM200 keatas berpeluang menerima beg tote secara percuma!

Baru-baru ini Uniqlo turut melancarkan Uniqlo T-Shirt dengan reka bentuk terbaru. Koleksi ini meraikan budaya pop authentic di seluruh dunia tanpa mengikut perbezaan umur, agama dan budaya. Reka bentuk terbaru ini dipamerkan dalam koleksi daripada Lego, Mickey Travels dan SPRZ NY.

Barangan keperluan travel seperti UNIQLO Ultra Light Down dan Heattech boleh didapati di butik Uniqlo berhampiran anda. Untuk pertanyaan lanjut tentang tawaran hebat dan berita terkini, anda boleh layari www.uniqlo.com/my/ atau  the UNIQLO Malaysia Facebook page. 

 

 

 

 

 

, , ,

Type keyword(s) and press Enter