Trik Kenal Gaya Anda

Kalau sebut pasal membeli-belah rasanya sudah berbakul-bakul pakaian sudah dibeli. Dari kasut, aksesori hinggalah top pelbagai jenis dan fabrik. Namun, anda sering buntu dalam menata rias mengikut rencah rasa anda sendiri. Dalam erti kata lain, ada diantara kita yang masih gagal menjejaki personaliti dan penampilan sendiri. Gaya ‘singnature’ perlu ada kerana ia boleh menggambarkan perwatakan seseorang yang menarik. Bahkan, mana tahu anda juga menjadi ikon untuk orang dalam bergaya. Jadi nak tahu gaya sendiri, jom ikuti trik ini.

Image result for find your fashion style

Ketahui jenis gaya paling anda selesa.

Pernah tak berada dalam situasi yang anda perlu memakai pakaian yang tidak pernah anda gayakan dan ia amat tidak selesa? Itu mungkin petanda yang memberitahu itu bukan gaya anda. Jadi paling penting, cari persalinan yang paling anda selesa. Samaada ianya tampak sporty, chic, feminin mahupun ranggi.

Image result for find your fashion style

Kenali ikon fesyen paling anda minati.

Sebut pasal ikon fesyen tidak semestinya dari kalangan selebriti, ia boleh jadi samada di kalangan sekeliling kita yang aktif di media sosial dengan memperagakan pakaian harian mereka. Mungkin item fesyen mereka memerlukan bajet besar untuk dilaburkan namun dalam fesyen, kita mempunyai pelbagai cara untuk kelihatan menawan tanpa mengoyakkan poket anda.

Image result for fashion icon

Himpunkan barangan fesyen peribadi yang paling anda sayang.

Sudah tiba masanya untuk anda himpunkan kesemua item fesyen yang paling kerap anda gunakan. Samada kasut, baju, skirt ataupun skaf, anda boleh mengenal pasti gaya sebenar diri anda melalui item fesyen yang telah dihimpunkan.

Kenal pasti jenama fesyen kegemaran anda.

Jika anda seorang yang kerap membeli belah pastinya mempunyai tempat kegemaran yang sering anda kunjungi. Tidak kiralah ianya jenama antarabangsa ataupun tempatan kebanyakkan label fesyen ini mempunyai target marketnya tersendiri. Samada gaya glamor, ranggi,

 

Image result for fashion ladies

 

*Gambar ihsan dari Google

 

 

 

 

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter