Modal RM500 Dan Sebuah Mesin Jahit, Tudung Fareeda Terus Kecapi Populariti

Sebut sahaja tudung ‘bertingkat’ pasti ramai yang terlintas di fikiran kerudung mewah dan eksklusif Fareeda. Jenama yang tidak asing lagi di pasaran hijab Malaysia, sentuhan autentik pereka Mawar Abdul Karim sinonim dengan keluaran corak dan rekaan terhad tanpa ulangan.

Menginjak usia 28 tahun, wanita kecil molek kelahiran Pulau Pinang ini tegar menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke tahap ini. Kisah kejayaannya dalam bidang perniagaan bermula dari rumah dengan hanya sebuah mesin jahit.

Image result for fareeda

“Fareeda dilahirkan pada 2009. Pada waktu itu, perniagaan ini hanya bermodalkan RM500 dengan satu mesin jahit sahaja. Usaha ibu, Puan Faridah Zakaria selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Fareeda yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mereka dan menjahit sendiri tudung untuk dijual kepada sanak saudara dan teman rapat menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang dikecapi hari ini,” kata Mawar.

Melihat keringat ibunya mengerjakan perniagaan menjahit tudung menuntut dirinya untuk mengorbankan waktu remaja demi membantu keluarga melonjakkan jenama Fareeda yang pada awalnya masih belum menempah nama dalam kalangan orang ramai. Kongsi Mawar, saat beliau terpaksa menjadi model kepada tudung ibu sendiri masih jelas terpancar dalam lipatan memorinya; namun ujarnya terus, adalah dari pengalaman itu dia belajar mengenai petua dan helah peragaan sehinggakan dirinya itu tidak lagi kekok menggayakan rekaan sendiri di hadapan kamera.

Image result for fareeda

Teguh berdiri sebagai wajah di sebalik jenama Fareeda, Mawar yang kini merangkul gelaran pencetus trend stailista wanita bertudung ingin wanita di luar sana untuk bersikap terbuka terhadap dunia fesyen tanpa perlu bimbang imej mereka sebagai seorang Muslim terjejas.

“Apa yang ingin saya ungkapkan melalui rangkaian rekaan tudung saya adalah kejelitaan dan kesopanan wanita untuk bergaya anggun walaupun memakai hijab. Saya mahu mereka tampil yakin serta memberikan aura elegan setiap kali mengenakan hijab Fareeda,” kata Mawar.

Rekaan demi rekaan, usaha tanpa kenal penat lelah itu mula merasai kemanisan alam perniagaan pada 2012 apabila rekaan kerudung Fareeda Sofiya mendapat tempat di hati penggemar fesyen hijab seluruh Malaysia dengan sambutan yang begitu hebat pada ketika itu.

“Tidak dilupakan, kenangan lakaran 2011, apabila pelanggan pertama kalinya beratur sepanjang jalan semata untuk mendapatkan koleksi Fareeda adalah antara detik manis yang akan tersemat rapi dalam lipatan sejarah,” ujarnya tersenyum.

Image result for fareeda

Namun, lumrah kerja seorang pereka bukanlah suatu titian perjalanan yang lancar. Mawar akui, di sebalik kemanisan yang dirasai terselit himpunan cabaran yang perlu dilalui.

“Antara kenangan pahit adalah apabila koleksi Fareeda diciplak mereka yang tidak bertanggungjwab dan menjualnya tanpa menghormati hak rekacipta rekaan terbabit,” ujar Mawar yang juga Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd.

 

 

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter