Kisah Luar Biasa Christy Turlington Dan Karlie Kloss Oleh Cole Haan

Cole Haan telah melancarkan kempen terbaru yang menampilkan dua individu yang luar biasa, Christy Turlington dan Karlie Kloss di mana dua wanita ini akan berkongsi kisah yang akan memberikan inspirasi bagi menjalani kehidupan yang luar biasa.
 

 
Cole Haan adalah jenama dan peruncit ikonik dari Amerika Syarikat yang menghasilkan kasut dan aksesori gaya hidup  yang mempunyai ketukangan yang luar biasa selama 90 tahun. Jenama ini telah menghasilkan pengalaman hidup yang luar bisa dengan inovasi yang elegan melalui pergabungan teknik, gaya dan kejuruteraan dalam rekaannya yang terkini untuk koleksi kasut yang terbaru untuk kaum wanita yang luar biasa.
 
Seiring dengan pelancaran koleksi yang terbaru ini, Cole Haan telah melancarkan kempen terbarunya yang menampilkan ikon fesyen, Christy Turlington Burns dan Karlie Kloss, dua wanita yang luar biasa dengan kisah pengalaman yang memberi inspirasi selain daripada kecantikan dan glamor. Bertemakan “Extraordinary Women, Extraordinary Stories,” yang dihasilkan oleh Cass Bird, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita yang luar biasa dengan kisah yang luar biasa untuk dikongsi bersama dengan setiap wanita.
 
Kempen Extraordinary Women, Extraordinary Stories meneroka hubungan yang amat bermakna di antara Christy dan Karlie, di mana kedua-dua mereka dikaitkan dengan keinginan yang sama untuk membuat perubahan yang bermakna pada kehidupan. Setiap mereka mendapat inspirasi untuk menyalurkan kejayaan mereka dalam kerjaya sebagai seorang model untuk bekerja dan memberi kesan yang positif kepada kehidupan wanita lain melalui inisiatif masing-masing: Kode with Klossy, menggalakkan wanita muda untuk belajar mengenai kod serta menjadi pemimpin dalam dunia teknologi dan, Every Mother Counts, menghulurkan bantuan kepada ibu-ibu di seluruh dunia dengan memberi akses mudah pada penjagaan semasa bersalin.
 
Kempen “Extraordinary Women, Extraordinary Stories” daripada Cole Haan ini mempamerkan koleksi kasut terbaru Cole Haan untuk kaum wanita, dengan Christy Turlington dan Karlie Kloss menggayakan kasut-kasut pilihan untuk musim ini – the kasut tumit Loafer, kasut GrandEvølution Velcro dan kasut tumit Laree Grand.
 

 
Pilihan yang ideal untuk Christy dengan gaya hidupnya yang pelbagai, kasut tumit Laree Grand adalah sebuah koleksi kasut tumit silhouette yang premium, dengan teknologi Grand.ØS, teknologi tapak yang ringan, tumit Achilles yang padat dan kusyen dalaman yang dipertingkatkan untuk masa berdiri yang lebih panjang – menambah keselesaan serta mengurangkan kesakitan pada kasut tumit ini.
 

 
Kasut GrandEvølution Velcro adalah untuk wanita seperti Karlie: sentiasa sibuk, banyak berjalan, dan tidak terikat pada sesiapa. Fungsi dan tradisi disepadukan dalam kasut yang anggun ini, menawarkan keselesaan yang tidak terhingga tanpa mengorbankan gaya yang ada – yang direka untuk mereka yang luar biasa. Hasilnya dengan segera mengubah apa-apa gaya, sama ada pada pakaian kasual atau menambahkan kelebihan pada sesuatu yang formal.
 
Cole Haan turut  menambah elemen inovatif pada koleksi GrandPrø yang dipenuhi dengan reka bentuk yang anggun. Memperkenalkan koleksi GrandPrø yang baru dengan bahan fabrik sutra velvet yang mewah, koleksi kasut ini pastinya memberikan gaya yang luar biasa untuk setiap perjalanan dengan ciri kasutnya yang amat ringan. Dengan memberi tumpuan kepada keringanan kasut, koleksi GrandPrø melambangkan inovasi yang elegan, mewakili penggabungan di antara teknik, gaya dan kejuruteraan dengan menggunakan teknologi Grand.ØS.
 
Untuk kasut kulit wanita, Cole Haan mencipta Jagger Grand Weave Oxford, sejenis rekaan dengan gaya penampilan yang menarik. Dihasilkan dengan kulit yang lembut dan memaparkan panel-panel tenunan yang terkenal dengan dan jahitan terikan yang terperinci, kasut oxford yang unik ini direka bentuk dengan ciri-ciri yang tersendiri.
 
Untuk mendapatkan kisah-kisah lebih luar biasa yang lebih lanjut mengenai kedua-dua wanita yang luar biasa ini, iaitu Christy Turlington Burns dan Karlie Kloss, ikuti kisah mereka atas talian di ColeHaan.com atau melalui media social #ColeHaanMY #extraordinaries.
 

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter