Kaca Mata Dalam Talian Dari Kaca-Kaca

Ditubuhkan pada tahun 2015, KACA-KACA membezakan jenamanya dari jenama kaca mata yang lain dengan menawarkan rangkaian cermin mata hitam dan juga cermin mata preskripsi dalam talian di Malaysia.
 

 
Jenama ini menawarkan pelbagai rangkaian bingkai cermin mata dan aksesori yang bergaya, klasik, cantik pada harga yang berpatutan dan sekaligus mengubah presepsi bahawa cermin mata covetable mesti berharga beratus atau beribu dolar.
 
Kaca mata dalam talian adalah trend yang sedang berkembang dan tidak seperti kedai Brick dan Mortar yang biasa, penjualan dalam talian menawarkan gaya yang pelbagai. Koleksi KACA-KACA lebih kepada gaya, fesyen dan keselesaan. Portal ini adalah syurga buat mereka yang gemarkan cermin mata rekaan halus. Beli- belah akan menjadi lebih menyeronokkan dan menarik di mana anda boleh membeli dua pasang atau lebih tanpa membayar harga yang tinggi di samping itu, anda akan menerima perlindungan mata yang terkini dan terus menikmati cermin mata kegemaran anda selama bertahun-tahun.
 
Selain itu, KACA-KACA turut menawarkan koleksi cermin mata hitam yang bergaya untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak- dari vintaj, retro kepada saiz cermin mata hitam yang besar, cateye, bingkai bulat, bingkai plastik dan banyak lagi. Semua pemilihan kaca mata ini dipilih dengan teliti oleh pasukan stylist yang selalu mendapat pandangan pertama tentang trend yang akan datang.
 
Koleksi baru yang akan dimasukkan pada setiap bulan membolehkan anda untuk mencari bingkai yang sempurna untuk dipasangkan dengan mana-mana gaya pilihan anda. Laman web mesra pengguna juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah.
 
Harga koleksi kaca mata dari KACA-KACA bermula dari RM49 kepada RM138, manakala kanta preskripsi terdiri daripada RM60 kepada RM290, semua datang dengan bekas kaca mata dan kain mikro fiber. Terdapat dua jenis kanta optik utama iaitu kanta Anti-reflektif dan Blue Coat Lens, di sertakan dengan pilihan standard dan lebih nipis.
 
Setiap pembelian kaca mata akan dikaji dan dipantau oleh pakar kaca mata untuk memastikan pemilihan yang sempurna. KACA-KACA juga turut menghasilkan bingkai menggunakan bahan TR90 bahan termoplastik yang unggu dan tahan lama,fleksibel dan ringan. Bingkai jenis ini boleh membengkok di bawah tekanan dan menjadikan bingkai ini tidak mudah rosak.
 
Pemilihan kaca mata yang sesuai sudah semestinya mengikut bentu muka dan juga sesuai dengan personaliti anda namun anda harus pastikan kaca mata anda dapat berfungsi dengan baik, melindungi mata dari sinaran UV, menghapuskan silau matahari, menawarkan persepsi warna yang tepat dan dapat mengurangkan keletihan pada mata anda.
 
Anda boleh layari laman sesawang KACA-KACA untuk info lebih lanjut.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter