Jika Anda Bertubuh XL, Hindari 5 Fabrik Ini

Mempunyai bentuk badan gempal atau besar mungkin memerlukan anda untuk membuat sedikit kajian tambahan mengenai jenis tata gaya yang sesuai mengikut ukuran badan anda. Ini penting bagi mengelakkan anda sentiasa nampak yakin dan paling penting selesa dengan apa dipakai.

Ada juga dikalangan kita yang sering alpha memilih fabrik atau pakaian yang salah dek kerana melihat selebriti anggun mengenakan busana tersebut. Namun apabila tiba untuk disarungkan pada tubuh pelbagai masalah terjadi dan yang paling ketara ia seakan menambahkan lagi saiz badan anda.

Oleh itu, wajar untuk anda mengetahui beberapa fabrik yang tidak sesuai untuk digayakan untuk anda yang bersaiz besar.

Sekuin

Image result for sequin for fat lady

Efek berkilau pada fabrik ini sebenarnya memberi ilusi lebih besar apatah lagi ianya disarung oleh wanita gempal. Sekiranya situasi memerlukan anda memakai fabrik ini pastikan ianya adalah daripada tona gelap.

Berbulu

Image result for furry coat for fat lady

Hati- hati menggayakan kain seperti ini kerana jika anda tidak mahir memilih potongan yang bersesuaian, ia boleh menampakkan anda lebih besar dua kali ganda dari saiz asal! Pilih kot atau jaket yang mempunyai tali yang boleh diikat pada sekitar pinggang.

Latex

Related image

Meskipun permintaan fabrik ini tidak begitu popular di Malaysia namun ianya sering dipakai oleh selebriti A-list di Hollywood. Efeknya yang sedikit bersinar menjadikan ianya tidak sesuai untuk wanita bersaiz XL.

Lycra

 

Image result for LYCRA DRESS

Lycra memang terkenal dengan fabrik nipis yang berat. Oleh kerana fabriknya nipis dan bersifat memeriĀ ia tidak boleh menyorokkan bahagian badan yang mempunyai lemak.

Neoprena

Image result for neoprena dress

Ini juga salah satu fabrik yang tidak sesuai digayakan untuk wanita berbadan gempal. Fabriknya tebal dan kurang pengaliran udara menyebabkan ianya tidak selesa dipakai. Meskipun siluetnya gah bila dipakai dan senang dibentuk ianya hanya akan menambahkan kecacatan pada tubuh badan anda.

 

 

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter