Jenama Tudung Selebriti

Perniagaan tudung, shawl dan skarf adalah perniagaan yang competitive. Permintaan daripada pembeli antara faktor persaingan sengit dalam perniagaan ini. Kerancakan perniagaan tudung juga turut menjadi trend para selebriti masa kini. Jelita senaraikan 10 selebriti yang menubuhkan jenama tudung mereka sendiri.
 
Erra Fazira- RARAbyErraFazira


 
Jenama tudung dari Erra Fazira ini tidak membataskan pada corak tertentu. Erra juga turut melancarkan Rarakids, koleksi tudung untuk kanak-kanak.
 
Hanis Zalikha-Cakenis

Boysenberry #CakenisPerak

A photo posted by Cakenisβ„’ Broochless Just-Hook (@cakenis) on


 
Istimewanya tudung dari jenama Kek Nis ini ialah ia tidak memerlukan sebarang kerongsang atau pin, hanya perlu menggunakan cangkuk yang sudah dijahit kemas pada fabriknya. Warna-warna pastel antara signature koleksi Cakenis
 
Liyana Jasmay- Mermaid Luxe


 
Kebanyakan tudung ilham Liyana Jasmay banyak didominasi warna-warna pastel dan ia juga tidak sarat dengan corak. Selain dari koleksi tudung, Liyana Jasmay juga menjual koleksi pakaian.
 
Neelofa-Neelofar Hijab


 
Jenama tudung Neelofar Hijab adalah jenama tudung selebriti yang paling berjaya. Ia punya wakil jualan seluruh Malaysia. Ilham instant shawl juga sangat menjadi kerana ia mudah digayakan. Selain itu, Neelofa juga aktif mengintai peluang untuk membesarkan perniagaan tudungnya di luar negara.
 
Nora Danish-Owl Shawl by Nora Danish


 
Sambutan tudung jenama Nora Danish juga antara yang mendapat sambutan. Populariti Nora Danish di media sosial antara faktor kepada populariti label tudungnya itu.
 
Norjuma Habib-Aidijuma


 
Jenama tudung Norjuma Habib adalah jenama tudung bawak nombor satu di Malaysia. Gaya pilihan Juara Pengacara Nona ini sangat segar dan sesuai digayakan mengikut kesesuaian pemakainya.
 
Nur Fazura- The Doll Scarves


 
Selebriti ini cukup bijak dalam memilih gaya tudung yang mahu dipasarkannya. Gaya lilitan tudung ala wanita dari Brunei tampak begitu timeless. Gaya tudungnta itu sesuai dengan bentuk wajahnya.
 
Rozita Che Wan-Padusi


 
Sebelum Che Ta bertudung, dia sudah melancarkan jenama tudungnya. Menurut Che Ta, pada awal pembukaan jenama tudungnya, dia sendiri banyak menjahit manik-manik pada tudung rekaannya itu.
 
Siti Nordiana-Nanaryanhijabs by SND


 
Kemenangan Siti Nordiana di Gegar Vaganza musim kedua turut melonjakkan jenama tudungnya yang dilancarkan lebih awal sebelum namanya melonjak popular.
 
Yana Samsudin- Ayana By Yana Samsudin

Boss @yanasamsudin bila nak bawa baby datang #AyanaStore hihihi.. 😍

A photo posted by aYana by Yana Samsudin (HQ) (@ayanahijab) on


 
Sebaik sahaja Yana Samsudin mula bertudung, dia terus memperkenalkan jenama tudungnya sendiri.
 
Sumber: EH!

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter