Gaya Unik Najwa Mahiaddin Jadi Tarikan

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memiliki suara lunak, nama Najwa Mahiaddin tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Bakatnya dihargai menerusi penganugerahan Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik Ke-18.

Siapa sangka, sebagai penyanyi dan juga penerbit rakaman, dia juga berbakat dalam bijak memilih paduan gaya sekali gus mencerminkan karakternya yang unik.

Meskipun gemar mengenakan busana hitam untuk penampilannnya namun melihat fesyen yang dibawanya, tidak pernah sekalipun mengecewakan.

Paduan gayanya cukup unik, potongan bajunya cukup ranggi. Jika dilihat pada kesemua gayanya menerusi laman media sosial, Instagram miliknya, Najwa bukanlah seorang peminat pakaian berjemeki atau bersulam. Apa yang penting melalui penampilannya, wanita ini cukup yakin dan berpengetahuan luas dalam bidang fesyen.

Ingin tahu gaya terkini anak seni yang berasal dari Muar, Johor ini, klik pada pautan seterusnya.  

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter