Fesyen Mengandung Selebriti Hollywood Yang Anda Boleh Tiru

Setiap fasa kehidupan insan bergelar wanita boleh dikatakan lebih mencabar dari kaum lelaki. Namun disebalik cabaran tersebut sudah tentu kebahagiaan menjadi ‘hadiah’nya. Menjadi ibu hamil bukanlah sesuatu yang mudah. Hampir 60% wanita hamil di Malaysia kurang peka mengenai pengayaan diri dengan memberi alasan hormon yang tidak stabil dan faktor kesihatan yang kurang memberangsangkan menjadikan sifat malas untuk menjaga penampilan bagaikan bermaharajalela dalam diri.

Tidak perlu beria untuk berfesyen cukup sekadar sedikit usaha untuk memastikan gaya anda sangat kemas dan berkeyakinan. Ini penting kerana setiap apa yang anda pakai mencerminkan keperibadian anda!

Jika buntu dan tidak tahu ingin mengenakan pakaian apa sewaktu mengandung, nah! Jelita tunjuk anda beberapa gaya selebriti Hollywood yang pernah atau sedang hamil ketika ini.

  1. Natalie Portman

Image result for hollywood pregnant 2017

Dress dengan fabrik kain berlisu ini tampak selesa dipakai. Potongan leher terbuka menyerlahkan sisi feminin. Lebih lengkap bila dipadankan bersama kasut tapak rata bagi memudahkan pergerakkan.

2. Rosie Huntington

Image result for hollywood pregnant 2017

Blaus bercetak yang diadunkan bersama seluar hitam. Nampak ringkas namun bila diberi topi dan kaca mata, ia menambahkan seri gaya ini. Selesa dan moden!

3. Beyonce

Image result for hollywood pregnant 2017

Istimewa untuk peminat warna lembut, jadikan gaya ratu R&B ini sebagai inspirasi anda untuk berfesyen di kala mengandung. Dress separa sendat labuh menutupi kaki dan helaian kot labuh untuk melindungi bahagian belakang anda. Cantik!

4. Ciara

 

Image result for ciara pregnant style

Ini adalah gaya paling ringkas, menjimatkan masa dan paling selesa untuk si ibu yang hamil. Kaftan fabrik kapas dengan corak sulaman kerawang cukup adalah pilihan Ciara ketika hamil. Sarungkan pula sandal tapak rata.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter