Duchess & Co Raikan Inspirasi Fajar Menyingsing

Satu lagi label fesyen Malaysia, Duchess & Co yang terkenal dengan rekaan regal disulami ciri kontemporari, melangkah ke era baru dengan koleksi terkini dikenali Dawn.

“Koleksi Dawn amat bermakna kepada kami kerana melambangkan permulaan baru dalam banyak perkara. Berrmula daripada rombakan butik, hala tuju baru jenama serta pengukuhan perkhidmatan dan penampilan butik, koleksi baru ini sejelasnya menggambarkan rintisan perjalanan dan masa depan syarikat ini. Kami juga berbangga untuk memaklumkan bahawa butik baru Duchess & Co akan dibuka di [email protected], Singapura dan di Indonesia tahun ini! Dawn bertepatan sekali dengan ketersediaan kami untuk menyahut cabaran baru,” jelas Phang Ju Nn, Pengasas Bersama juga Pengarah Kreatiff Duchess & Co, dengan  penuh bersemangat.

Berinspirasikan keindahan rona fajar yang menakjubkan, koleksi Dawn secara hakiki melambangkan kewanitaan. Koleksi ini juga tampak berani dengan padanan warna pastel padu seperti biru pudar dan hijau koral dengan warna jingga dan biru dirajaBagi menimbulkan ciri moden, cetakan geometrik  diaplikasikan. Satu lagi unsur penting adalah cetakan motif rama-rama yang melambangkan transformasi dan kebebasan. Tindihan cetakan berunsur gerakan (motion print) di atas latar belakang berona lembut dan terang menyerlahkan lagi koleksi tanpa menjejaskan ciri kewanitaan klasik.

Koleksi Dawn tertumpu kepada pakaian versatil yang mudah diubah gaya seperti seluar palazzo tidak simetri, baju bolos, blaus off shoulder, blaus singkat, skirt berlipat-tingkat,  skort (kombinasi seluar pendek & skirt), toga dan berbagai lagi pakaian yang senang untuk disuai padan. Kebanyakan rekaan Duchess & Co boleh diubah padan sekurang-kurangnya dua cara atau lebih. Ciri fleksibiliti ini membolehkan setiap pemakai menggayakan  interpretasi rekaan yang berbeza – setiap kali pasti tampil  berlainan. Dawn menggabungkan tekstur beralun dan berbentuk yang sememangnya menyerlahkan susuk badan wanita – sekali gus meningkatkan keyakinan serta keanggunannya.

Setiap pakaian  Duchess & Co diilhamkan pereka in-house, dan setiap rekaan dijahit dengan kemas dan teliti bagi menghasilkan koleksi ready-to-wear yang terbaik. Sikap dedikasi dalam menghasilkan kesempurnaan inilah yang menjadi pemangkin untuk membangkitkan fokus baru jenama. Wendy Tai, Pengasas Bersama dan Pengarah  Duchess & Co menambah, “Koleksi  ini adalah manifestasi diri kami. Kami ingin menyampaikan mesej bahawa kami serius dengan apa yang kami lakukan dan berharap agar gagasan ini menjadi kenyataan di kalangan industri fesyen tempatan dan serantau.”

Koleksi Dawn dijual antara RM189 hingga RM559, dan boleh dibeli secara dalam talian di http://www.duchessandco.com bermula Jun 2017. Koleksi ini juga boleh didapati di butik Duchess & Co di Jalan Telawi Bangsar, KL dan Gurney Plaza, Pulau Pinang.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter