Cakenis Sambut Ulang Tahun Ke-2

Hanis Zalikha yang merupakan pemilik label tudung Cakenis mengadakan sesi makan tengahari bersama seleberiti, rakan media dan teman rapat bagi meraikan jenama tudungnya yang kini sudah memasuki usia dua tahun. Antara yang hadir termasuklah Datin Nina Juren, Nadiya Nisaa, Mia Ahmad, Vie Shanti Khan dan keluarga rapat.

Cakenis juga mengambil kesempatan dengan melancarkan The Lily Cake, koleksi tudung bercorak pertama untuk labelnya. Koleksi edisi terhad ini pastinya memikat hati sesiapa yang melihatnya memandangkan pilihan warna dan corak yang cukup menyegarkan.

Seperti koleksi terdahulu, ianya hadir dengan jahitan bercangkuk bagi memudahkan pelanggan serta peminat Hanis menata gaya hijab iras pelakon tersebut. Setiap helaian skarf tersebut dipantau dengan teliti bagi memastikan kualiti dari segi jahitan, cetakan dan warna terjamin.

Cakenis amat mementingkan kualiti fabrik yang bersesuaian mengikut cuaca di Malaysia. Jika sebelum ini Hanis selesa memilih fabrik kegemarannya iaitu pelbagai variasi sifon, kini Hanis tampil beri kelainan dengan mengenengahkan satin gred A dalam pembuatan The Lily Cake.

Jika diimbas kembali pembabitan awal perniagaan, Cakenis adalah jenama tudung yang dibuat mengikut tempahan. Oleh kerana Hairul Azreen yang merupakan suami kepada Hanis bertugas untuk menjaga penghantaran produk, Hairul mencadangkan untuk membuat hijab dengan skala yang lebih besar agar semua peminat dapat merasai pengalamana menggayakan skarf yang diinspirasikan oleh pelakon dan pengacara kegemarannya.

Sehingga kini, Cakenis sudah mempunyai 14 koleksi dan satu dari koleksinya pernah dinobatkan antara 15 Jenama Tudung Paling Laris di Malaysia oleh majalah Intrend.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter