Bolon Hargai Mutu Seni Pertukangan Kaca Mata

Jenama kaca mata terkenal, Bolon meraikan fesyen cermin mata dan seni pertukangannya dengan melancarkan koleksi terbarunya. Untuk koleksi ini, Bolon mengambil berat ciri-ciri dan personaliti setiap pelanggannya, ekspresi dan gaya dengan menawarkan keunikan seni fesyen kontemporari masa kini.

Tidak dilupakan, bagi memastikan setiap pelanggannya merasai kepuasan dalam setiap pembelian, Bolon menggunakan bahan berkualiti yang terpilih dan teknik pertukangan kelas A. Setiap barangannya diinspirasikan daripada Jewelike (inspirasi barangan kemas), Wavy (reka bentuk arca), Eiffel (Menara Eiffel) dan Layers (corak geometri).

Related image

Kalau anda hendak tahu, Bolon eyewear ditubuhkan pada tahun 2003 dan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dengan sambutan yang cukup menggalakkan dan dalam masa yang sama berjaya menempa nama di negara Asia Pasifik.

Kualiti bahan dan invoasi dalam penciptaan produk antara tunjang utama dalam pembuatan kaca mata Bolon dan Bolon model optik. Dihasilkan dan diedarkan melalui Essilor Group, Bolon diperbuat daripada Premium Italian Acetate-Resin untuk menaikkan mutu warna dan tekstur. Selain itu, Bolon turut menggunakan Swiss-made Memory Resin TR90 untuk tahan lasak dan ringan.

Image result for bolon eyewear

Bukan itu sahaja, lensa untuk koleksi kaca mata ini menggunakan lensa polarize definisi tinggi yang menawarkan penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Eyes Sun Protection Factor) untuk perlindungan dan keselesaan.

Image result for bolon eyewear in malaysia

Untuk anda yang ingin melihat sendiri produk Bolon atau ingin mendapatkannya untuk dijadikan koleksi peribadi terbaru anda, boleh layari www.boloneye.com atau hadir ke butik kaca mata A-Look, Proeyes dan Seen Optical  di seluruh Malaysia. Terbaru, Bolon juga telah membuka cawangannya di Pavilion. Mari serbu!

, , ,

Type keyword(s) and press Enter