Amora Scarlett Terokai Bidang Pakaian

Pengeluar fesyen cermin mata tempatan, Amora Scarlett kini bukan sahaja rancak mengeluarkan cermin mata dengan bingkai menarik bahkan mencuba nasib dalam bidang pembuatan pakaian. Dilancarkan di pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur, acara ini memberi tumpuan terhadap peraggaan koleksi pakaian sulungnya iaitu Amora Scarlett’s  Sporty Glam Ready-to-wear.

Rangkaian koleksi ini mengenengahkan gaya sporty yang kini diangkat menjadi tema fesyen disamping terselit aura glamor. Setiap helaiannya tidak tertakhluk hanya untuk ke acara semi formal atau koktail bahkan ia juga boleh diguna sebagai persalinan untuk bersenam. Ciri-ciri seperti batuan sarat mengerlip, sulaman pada baju menjadikan ianya helaian yang cukup versatil. Antara helaian yang difokuskan termasuklah jaket bomber, baju berkolar dan kemeja.

Tidak ketinggalan, Amora Scarlett turut memberi kejutan dengan pelancaran beg tangan terbaru miliknya. Beg tangan dengan inspirasi jenama mewah digarap dan diberi tali sandang warna hitam dan putih menggabungkan elemen mewah dan ranggi. Reka bentuknya yang cantik dan mudah untuk dibawa dalam apa juga acara menjadikan ianya boleh dipakai untuk kesemua peringkat umur.

Sewaktu acara berlangsung peminat setia, selebriti media sosial dan para media yang hadir berpeluang memilih kaca mata fesyen pilihan, sarung kaca mata yang lengkap dengan nama sendiri disamping menikmati persembahan peragaan fesyen.

Untuk pengetahun anda, Amora Scarlett kini sedang dalam usaha untuk membuka butiknya sendiri untuk menghidangkan peminatnya pengalaman membeli belah yang menyeronokkan. Ingin tahu selanjutnya, sila layari www.amorascarlett.com

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter