Tip Bergaya Ketika Musim Panas

Malaysia sememangnya bumi bertuah kerana iklimnya seimbang setiap tahun, tidak kiralah musim panas, hujan atau mendung, masyakarat sudah terbiasa dengan cuaca di Malaysia. Aktiviti harian yang dilalui kadangkala mencabar dek cuaca yang kadangkala tidak menentu seperti musim panas.

Image result for fashion during hot season

Mungkin kerana kita sering terlepas pandang mengenai jenis pakaian yang sewajarnya dipakai. Ini bertambah buruk jika pakaian yang anda gayakan menambahkan lagi hangat yang membuatkan anda berpeluh tidak berhenti. Jelita membantu anda memberi tip dan panduan mengenai pakaian yang sesuai dipakai sewaktu musim panas terik.

Elak helaian atas helaian

Secara logiknya, pakaian berlapis sudah tentu menghasilkan kehangatan berganda. Oleh itu, hindari helaian tambahan seperti kardigen, blazer, jaket dan sebagainya.

Image result for fashion during hot season

Fabrik yang sesuai

Jika anda buat kajian sebenarnya banyak fabrik yang paling sesuai dipakai sewaktu musim panas. Pemilihan fabrik yang sesuai amat penting kerana ia mempengaruhi aktiviti seharian anda dan kadangkala dek kerana pakaian yang sudah basah kerana berpeluh membataskan aktiviti atau jaduan harian anda. Fabrik yang sesuai untuk musim panas termasuklah kapas.

Aksesori yang minimal

Dah tau cuaca panas terik jangan pula anda memakai aksesori berlebihan. Tidak kiralah jika mahu ke tempat kerja, acara rasmi atau semi formal yang melibatkan lokasi terbuka, aksesori berlebihan akan membuatkan anda kurang selesa.

Tambah topi atau ‘headscarf’ dalam penampilan

Image result for fashion during hot season

Mahu tampil bergaya meskipun pada musim panas? Nah! gayakan topi atau headscarf dalam penampilan harian anda. Bukan sahaja melindungi kepala anda dari pancaran terus matahari bahkan ia boleh menaikkan aura pemakaian anda.

Pastikan memakai stokin jika mahu berkasut

Ramai antara kita yang leka dan tidak prihatin bab penjagaan kasut dan tapak kaki. Kesannya kasut serta kaki anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi anda wajib mengenakan stokin sebelum memakai kasut.

 

 

, ,

Type keyword(s) and press Enter