3 Langkah Mudah Pemakaian Coli Yang Betul

Pemakaian coli adalah normal bagi wanita. Namun jika anda peka dengan pemakaian coli yang betul, ia akan membantu anda membentuk payudara yagn sempurna sekali gus tampak cantik apabila menggayakan apa juga pakaian. Jangan ambil mudah mengenai pemakaian coli.  Jelita senaraikan tiga langkah mudah memakai coli dengan betul.
 

Gambar: Shutterstock


 
Langkah 1: Hulurkan tangan ke belakang badan menerusi tali dan pastikan kedudukan coli tidak bergerak-gerak pada bahagian bawah payudara.
 
Langkah 2: Tunduk ke hadapan apabila mencangkuk coli supaya payudara berada di dalam mangkuknya. Mulakan dengan cangkuk pertama iaitu yang paling luar dulu. Kalau longgar, ketatkan ke cangkuk seterusnya.
 
Langkah 3: Langkah ini paling penting, selepas mencangkuk coli, tarik payudara dan gumpalan lemak bawah tangan ke dalam mangkuk coli.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter