“25 Tahun Ibarat Pejam Celik” – Datuk Rizalman Ibrahim

Datuk Rizalman Ibrahim bukanlah nama yang asing lagi dalam industri fesyen tanah air. Bahkan menyebut namanya pasti membuat sesiapa pun tersenyum kerana mengenangkan jasa dan pengorbanan dia dalam memartabatkan dunia fesyen tempatan.

Rizalman sering menjadi pereka fesyen pilihan masyarakat kelas atasan, kerabat dan para selebriti. Ketika ditemubual mengenai resipi serta rahsia kejayaan sepanjang 25 tahun penglibatannya, ini jawapan yang dikongsikannya.

Related image

“Bila anda terlalu seronok melakukan sesuatu yang anda gemari, anda tidak akan merasai setiap detik dan waktu yang berjalan dalam meniti karier anda. Di fikiran saya setiap hari adalah bangun pagi mahu pergi kerja, mahu mereka busana cantik supaya orang suka dan beli. Inilah yang orang kata situasi pejam celik tanpa disedari sudah 25 tahun,” katanya.

Mengimbas kembali detik susah payah dia sewaktu mula berkecimpung bidang ini, ia cukup menyentuh perasaan serta memberi inspirasi pada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kemewahan serta kejayaan yang diraih sehingga kini bukanlah satu perkara yang cukup mudah.

Image result for rizalman dan keluarga

“Saya masih teringat waktu persembahan graduasi saya, pengarang majalah Jelita, Zurilawati Ku Zaifah ambil baju saya untuk disiarkan sempena isu perkahwinan dalam majalah Jelita. Selepas habis persembahan graduasi itu saya terkapai-kapai sebab saya seorang anak yang segan meminta duit dari ibu bapa saya. Apa yang mereka beri, pandai sendiri untuk tentukan cara hidup macam mana.

“Keluarga saya pun bukan jenis keluarga yang senang. Harapkan duit pencen pada masa itu hanyalah RM600, sudah tentu tidak mencukupi. Saya melalui pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan seharian saya. Waktu itu saya buat pelbagai jenis pekerjaan namun hati saya terdetik yang suatu hari nanti saya akan menjadi seseorang cuma masa itu tidak nampak sebab muda lagi tapi Allah S.W.T lebih mengetahui. Kuasa Qadar sudah menentukan ia akan terjadi juga suatu hari nanti,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan siri realiti Rizalman di Life Inspired, Astro saluran 728 bermula Selasa, 30 Mei 2017 bermula jam 10 malam untuk saksikan rutin kehidupan pereka terkenal ini dalam mengharungi cabaran sebagai usahawan yang berjaya.

 

, ,

Type keyword(s) and press Enter