Kenali Pengusaha Telekung Siti Khadijah

Pernahkah anda terfikir, jika kita mampu membuat pelaburan ribuan ringgit membeli beg tangan, bagaimana pula pelaburan anda untuk mendapatkan telekung berkualiti dengan tujuan ibadah?

Bila sebut mengenai telekung berkualiti jenama tempatan pasti teringat namaSiti Khadijah yang terkenal dengan koleksi telekung premium. Padzilah Enda Sulaiman, pengusaha jenama ini tidak lokek bercerita lanjut mengenai perniaagannya yang diasaskan sejak 2009.

Image result for FADILAH ENDA SULAIMAN

 

Menurutnya, dia tidak bercadang mahu mencipta telekung di awal pembabitannya dalam bidang perniaagan sebaliknya memilih tudung sebagai produk utamanya.

“Sewaktu baru menjalankan perniagaan, saya keluarkan produk tudung. Tapi waktu itu kawan-kawan cakap tudung ini sudah ramai yang menjualnya. Mereka juga mencadangkan saya untuk mengenengahkan telekung pula. Dengan adanya kepakaran dalam bidang jahitan saya mula ubah suai telekung dengan menggunakan fabrik yang saya pilih sendiri,”.

Image result for siti khadijah

Menurutnya lagi, nama Siti Khadijah diambil kerana kagum dengan sifat mulia ikon wanita muslimah dunia yang wajar dicontohi oleh semua muslimah.

“Sebenarnya saya pun tiada cadangan mahu meletakkan nama Siti Khadijah, ia datang dengan sendiri. Kita tahu Siti Khadijah (isteri Nabi Muhammad SAW) adalah wanita terhebat, contoh muslimah dan  isteri unggul jadi saya terfikir kenapa tidak saya gunakan namanya untuk produk telekung saya.”

Jelasnya, sebagai muslimah wajar bagi kita untuk tampil bersih dan selesa sewaktu mengerjakan ibadah. Aspek ini yang digunapakai oleh Pengarah Urusan Siti Khadijah dalam menghasilkan setiap produknya.

“Bila solat memang kita tidak menggunakan telekung dalam tempoh lama namun kalau mahu menunaikan umrah atau haji kita memang sentiasa pakai jadi kena dapatkan telekung yang berkualiti. Kalau dilihat sekarang, mana ada telekung yang selesa mengikut bentuk muka,” jelasnya lagi.

Tidak cerewet berkongsi tip kejayaan dalam membangunkan empayarnya, Padzilah menggangap menguruskan perniagaan ibarat menguruskan anak kecil.

“Berniaga ini ibarat menjaga anak kecil. Sewaktu kecil penjagaannya lebih. Bila dah remaja cabarannya lain pula jadi kena guna kaedah yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ibarat kata, jika anak dah dewasa, kita tidak boleh jaga dia macam budak kecil,” katanya.

Mengimbas kembali di awal pertubuhan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, wanita berusia 54 tahun ini mengakui perjalanan kariernya agar sukar bahkan dia pernah melalui kegagalan ketika menjual telekungnya.

Image result for FADILAH ENDA SULAIMAN

”Dahulu saya pernah menghasilkan 200 telekung dengan harga RM199. Waktu itu saya masih mentah dalam bidang perniagaan jadi saya lebih banyak bekerjasama dengan ejen pelancongan untuk menjadikan telekung saya sebagai hadiah kepada jemaah haji dan umrah. Namun hampir sebulan naik turun pejabat agensi tersebut, tiada satu yang terjual. Bukan senang nak tukar persepsi masyarakat kepentingan mempunyai telekung berkualiti untuk kegunaan beribadah. Bila sebut harga semua kata mahal tapi baju boleh pula bertukar. Kenapa telekung tidak?” ujarnya lagi.

Jika kapas mungkin fabrik terbaik dalam pembuatan baju, telekung Siti Khadijah juga mempunyai fabriknya tersendiri.

Image result for FADILAH ENDA SULAIMAN

“Tidak semestinya fabrik kapas adalah yag terbaik dalam pembuatan telekung. Di sini, telekung yang paling laris dijual adalah daripada  Poliester 100%. Kita buat kain sendiri, dari proses kajian sehinggalah menjadi satu fabrik yang digunakan untuk Siti Khadijah,” tambahnya.

Ceritanya, telekungnya mula mendapat perhatian apabila ada akhbar arus perdana menyiarkan aktikel produknya dan dari situlah titik permulaan tersebarnya jenama ini diseluruh negara.

“Telekung Siti Khadijah mula terkenal apabila akhbar berkenaan menyiarkan temubual saya bersama mereka diikuti dengan temuramah saya di program televisyen iaitu Wanita Hari Ini. Saya diberi peluang menceritakan produk saya selama tiga puluh minit secara percuma. Sejak itulah, pihak kami menerima jumlah panggilan yang tinggi untuk mendapatkan telekung ini,” tambahnya lagi.

*Gambar ikhsan: Google Image

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter