Pakaian Dalam, Rakan Karib Wanita

Segak menawan dengan pakaian dalam

ST-  Meskipun wanita mempunyai pelbagai jenis bentuk badan namun setiap acuan badan mempunyai keunikannya tersendiri. Natijahnya, samada badan kurus atau gemuk anda harus menghargai bentuk badan anda dengan memberikan aksesori pakaian dalam yang sesuai.

Sebut sahaja pakaian dalam, ada diantara kita kurang peka mengenai helaian ini bahkan kebanyakkan wanita berusia sekitar 45 hingga 60 tahun mengambil cara mudah dengan mengendahkan pakaian intim dan menganggap ia sekadar helaian tidak penting untuk badan mereka

 

  1. Bra

Image result for BENTUK PAYUDARA

Bra atau coli sememangnya item wajib yang melengkapkan harian wanita. Bukan sahaja memberi sokongan penuh untuk payudara bahkan ia memberi figura yang lebih menawan.

  1. Korset

Image result for KORSET

Ingin bentuk pinggang lebih kecil? Korset adalah jawapannya. Jika senaman mengambil masa agak lama untuk tampil kurus, korset hanya mengambil masa lima minit untuk mengecilkan ukuran pinggang anda.

  1. Girdel

Image result for GIRDLE

Sekiranya anda mempunyai pinggul atau peha yang besar, Girdel memberi sokongan pada pinggul untuk kelihatan lebih tinggi dan mengecilkan peha dalam masa yang sama. Tidak dilupakan, ia turut menyorok perut buncit anda!

  1. Anak baju / Body dress

Image result for FULL BODY SHAPEWEAR

Secara asasnya, ia memberi sokongan penuh untuk keseluruhan badan termasuklah pada tempat tersorok seperti pinggang, bawah pinggul dan di kawasan bawah payudara.

Adakah pakaian intim memberi kesan berbahaya pada tubuh badan?

Pelbagai sumber ada mneyebut penyempitan yang berlaku apabila memakai shapewear boleh menyebabkan pembekuan darah, refluks asid dan masalah pernafasan. Namun sesetengah penyokong pakaian dalam tidak bersetuju dan mendakwa sekiranya ianya dipakai dengan cara yang betul, tiada implikasi kesihatan boleh berlaku. Bahkan ada juga berpendapat ia boleh mendapat manfaat kesihatan seperti merangsang peredaran dan memberi sokongan kepada otot.

Untuk Payudara Bersaiz Kecil

Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat. Pilihan bra yang perlu dilihat adalah half cup.

Untuk Payudara Kendur

Pilih bra berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah. Selain pemilihan bra ‘full cup’, payudara jenis ini perlu memilih tali lebih lebar bagi memberi sokongan tambahan.

Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh

Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.

Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat

Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.

 

 

 

 

, ,

Type keyword(s) and press Enter