Tingkatkan Keyakinan Diri Sebagai Suri Rumah

Menjadi suri rumah adalah pengorbanan paling besar bagi seorang wanita terhadap keluarganya. Sering kali masyarakat menganggap suri rumah adalah golongan yang tidak berpelajaran tinggi. Namun tidak lagi pada zaman sekarang. Jelita kongsikan cadangan untuk tingkatkan keyakinan diri sebagai suri rumah.
 

Gambar: Shutterstock

     

  1. Sentiasa berfikiran positif bahawa menjadi suri rumah adalah kerjaya yang sangat mencabar dan muulia dalam mendapat ganjaran seperti wang ringgit namun ganjaran itu datang dalam bentuk kebahagian serta kepuasan hidup.
  2. Mengurus masa dengan bijak dan rancang aktiviti seharian di dalam diari atau buku catatan khas untuk menyimpan jadual aktiviti harian. Dengan bijak mengurus masa banyak perkara dan aktiviti yang boleh dilakukan dalam sehari tanpa rasa penat dan tertekan.
  3. Suri rumah yang bijak sentiasa memulakan hari mereka lebih awal. Contoh; bangun jam enam pagi dan sentiasa mengurus masa dengan baik serta berkualiti. Jika perlu berinteraksi dengan kawan, hadkan masa. Kurangkan bersembang bagi tempoh yang lama dengan sahabat handai di sekitar kawasan rumah atau melayan telefon terlalu lama.
  4. Jangan leka dengan media sosial, ia boleh mencuri banyak masa berkualiti dalam hidup. Rancang masa  untuk berinteraksi dengan kawan melalui media sosial, seperti waktu malam atau slepas makan tengahari. Jika bijak dapat mengawal masa semua kerja di rumah dapat dibereska dengan baik serta teratur.
  5. Walaupun sibuk, adakan masa untuk merawat dan membelai diri iaitu dengan melakukan aktiviti yang disukai seminggu sekali atau dua minggu sekali. Minta suami ambil alih tugas pada hujung minggu supaya anda dapat memanjakan diri anda bagi tempoh empat atau enam jam. Apabila anda gembira barulah anda boleh bekerja dengan cergas dan ceria.
  6. Tambah ilmu dengan membaca dan menonton televisyen. Jika suka memasak, pelbagaikan menu masakan menerusi informasi yang didapati daripada televisyen atau buku resipi. Cuba sesuatu yang baru atau kelainan dalam memasak dan hidangkan makanan itu untuk keluarga.
  7. Jangan tertekan dengan anak atau kerja rumah. Laksanakan kerja itu dengan penuh minat dan buang sikap negatif. Melihat anak membesar setiap hari adalah sesuatu yang membahagiakan.
  8. Jangan terlalu memikirkan apa suami sedang buat di tempat kerja. Jangan anda rasa cemburu kepada suami ayng sentiasa mudah menjalankan tugas dan mencari rezeki keluarga.
  9. Isikan masa di rumah dengan pelbagai kerja yang  dilakukan, rehatkan diri anda sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  10. Sentiasa bersyukur dan menjalankan setiap tugasan di rumah dengan penuh keikhlasan dan lakukan dengan terbaik. Percaya bahawa rezeki di tangan Allah dan sentiasa berusaha untuk membina kebahagiaan keluarga dengan stiap keringat sebagai suri rumah.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter