3 Perkara Yang Anak Akan Belajar Ketika Di Dalam Rahim

Para saintis  mendapati bahawa bayi akan mempelajari perkara-perkara tertentu sebelum dilahirkan. Oleh itu, pendidikan kepada anak anda perlu bermula sejak dari dalam rahim lagi. Jelita senaraikan 3 perkara yang anak anda akan belajar sewaktu di dalam rahim.
 

Gambar: INGimage


 
Deria Rasa

Profesor Peter Hepper dari Universiti Queen di Belfast melakukan satu kajian untuk menguji sama ada manusia boleh suka makanan walaupun sebelum lahir. Dia menjalankan kajian ke atas ibu yang sedang hamil dengan memberi mereka makan bawang putih. Hasil kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang lahir didapati menyukai makanan yang mengandungi bawang putih  walaupun pada usia 8-9 tahun. Dia turut melakukan kajian yang sama dengan jus lobak merah. Bayi kepada ibu yang minum jus lobak merah didapati menyukai jus lobak merah walaupun pada usia lima hingga enam bulan. Menurut Hepper, ini adalah cara bagaimana anak mengenal ibu bapa mereka; mereka mengalami rasa yang sama seperti di dalam rahim.
 
Bunyi

Sekumpulan saintis dari Finland telah menjalankan satu eksperimen di mana dua kumpulan wanita hamil telah diberikan rutin yang berbeza. Kumpulan pertama akan mendengar lagu pada setiap hari manakala kumpulan yang kedua hanya akan mendengar lagu pada waktu tertentu sahaja. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan bayi daripada kumpulan pertama akan memberikan tindak balas kepada lagu yang dimainkan manakala bayi daripada kumpulan kedua pula tidak memberikan sebarang tindak balas. Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa bayi daripada kumpulan pertama pasti telah mempelajari lagu yang dimainkan ketika di dalam rahim.
 
Pertututran

Seorang ahli psikologi dari Universiti New York, Athena Vouloumanos telah membuat perbandingan reaksi bayi yang baru lahir terhadap suara manusia dan hasil mendapati bayi bertindak balah terhadap ucapan. Mereka kelihatan lebih teruja apabila mendengar bahasa ibunda mereka. Kajian ini membantu untuk membuktikan satu konsep yang penting: persekitaran akustik yang baik adalah satu kemestian untuk bayi dalam kandungan dan bayi yang lahir pramatang kerana mereka mungkin akan mengalami masalah pertuturan jika mereka tidak mendengar pertuturan manusia. Oleh itu, anda perlu sentiasa bercakap dengan bayi yang ada dalam kandungan kerana mereka mendengar apa yang anda katakan.

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter