Kesilapan Yang Sering Dilakukan Ibu Bapa Dalam Membesarkan Anak

Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka namun secara tidak sedar ada ibu bapa yang melakukan kesilapan dalam mendidik dan membesarkan anak. Jelita senaraikan tiga kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa dalam membesarkan anak.
 

Gambar: INGimage


 
Menjadualkan Kegiatan Harian Anak

Kini ramai ibu bapa gemar mengatur aktiviti si anak tanpa mengikut atau bertanya kemahuan mereka. Cara ini boleh membuatkan anak memberontak kerana ia mungkin bercanggah dengan minat mereka.
 
Kurang Mengawasi Aktiviti Anak

Ibu bapa sibuk dengan tuntutan kerja dan hal masing-masing sehingga tidak memberikan perhatian kepada si anak. Mereka tidak memantau video yang ditonton oleh si anak, dengan siapa anak itu berkawan dan apa yang dilakukan si anak apabila ada kelapangan.
 
Kurang Memberi Sentuhan Kepada Anak Kerana Ibu Bapa Sibuk Dengan Tuntutan

Perkara ini nampakremeh tetapi amat memberi kesan kepada tumbesaran dan pembentukan tingkah laku anak. Sebagai ibu bapa anda seharusnya kerap membelai, menyentuh dan memeluk si anak. Ini membuatkan anak rasa lebih dihargai dan disayangi.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter