Hukuman Untuk Anak Yang Dibenarkan Dalam Islam

Bila anak buat perangai, memang terasa cepat untuk naik angin tetapi kekerasan bukan jalan penyelesaiannya untuk membentuk anak menjadi insan yang baik. Jelita senaraikan jenis hukuman untuk anak yang dibenarkan dalam Islam.
 

 
Boikot

Ibu bapa mendiamkan diri. Tidak menegur atau bercakap dengan anak untuk satu tempoh masa tertentu. Ini sebagai tanda anda sedang marah dengan mereka.
 
Melarang Anak Melakukan Perkara Yang Disukai Mereka

Ibu bapa punya hak untuk melarang anak mereka daripada melakukan perkara yang mereka sukai sebagai hukuman. Contohnya, jika anak anda gemar bermain bola pada waktu petang, anda boleh melarang mereka untuk bermain jika mereka ada melakukan kesalahan.
 
Hukuman Fizikal

Hukuman yang tidak mengangkat ketiak sewaktu memukul dan menggunakan rotan sebesar jari kelingking sahaja. Pukulan ini tidak terlalu menyakitkan. Dilarang memukul bahagian muka, perut dan dada kerana ia adalah bahagian yang sensitif serta boleh mendatangkan mudharat bukan secara fizikal tetapi juga kesan yang amat besar pada emosi si anak. Jangan pukul anak anda lebih daripada 10 kali.
 
Pujuk Selepas Menghukum

Selepas menjatuhkan hukuman, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengambil hati si anak semula. Jika bapa yang memberikan hukuman maka si ibu harus memujuk si anak. Ini perlu dilakukan selepas anak anda menyesali perbuatan dan kesalahan mereka. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk kembali mendidik anak dengan penuh kasih sayang, memeluk dan memberikan kata perangsang supaya anak tidak membuat kesilapan lagi.

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter