Kenal Pasti Bila Anak Bersedia Lakukan Latihan ke Tandas

Gambar: INGimage

Apabila anak menginjak usia dua atau tiga tahun, sudah tiba masanya untuk melatih dia untuk ke tandas bagi membuang air kecil atau besar. Latihan ini agak sukar dan memerlukan masa yang agak lama. Jadi si ibu perlu banyak bersabar sehingga si anak dapat menyesuaikan diri.

Pada peringkat permulaan, si ibu perlu mengenal pasti kekerapan dan masa yang biasa si anak itu membuang air. Untuk mengenal pasti keadaan ini, ibu bapa  atau  penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan anak membuang air.

Seeloknya, mulakan latihan ke tandas apabila anak sudah bersedia. Anda boleh mula melatih si anak seawal usia dua tahun. Tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur tiga atau emapt tahun ataupun lebih. Tiga cara untuk melihat sama ada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :

  1. Mereka mampu menahan sehingga dibawa ke bilik air.
  • Adakah lampin atau seluar dalam si anak sentiasa kering pada setiap jam?
  • Adakah anak tahu mengenai tanda-tanda hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak)?
  • Adakah anak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh atau menitis?
  • Jika anak dapat mengawal tiga perkara ataupun sekurang-kurangnya dua perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.
  1. Persediaan untuk bekerjasama
  • Bgai melihat sama ada anak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepadanya seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan minta dia menepuk tangan. Jika si anak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka sudah boleh menerima arahan dan telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.
  1. Persediaan fizikal dan emosi. Bagi melihat sama ada si anak sudah bersedia atau belum, ujinya dengan cara seperti berikut:
  • Bolehkah anak mengambil objek kecil dengan mudah?
  • Bolehkah dia berjalan atau bergerak dengan sendirinya?
  • Bolehkah anak mencangkung atau duduk di atas bangku atau tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri? Ini perlu bagi memastikan mereka selesa serta mengelakkannya daripada terjatuh.
  • Bagi anak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa. Ini menunjukkan mereka sudah pandai memberitahu.
  • Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukan lampin pakai buang.
  • Mahu bersendirian apabila ingin membuang air besar.

kredit: Majalah Jelita Mac 2016

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter