Karnival Mickey Roadster Racers Malaysia Sempena Cuti Sekolah

Sempena dengan siri animasi terbaru Disney Junior, Mickey and the Roadster Racers, anda dan keluarga anda berpeluang untuk menikmati pengalaman Roadster Ready di “Disney Junior Mickey and the Roadster Racers Carnival.” Anak anda berpeluang untuk mendapatkan lesen Roadster Racer mereka sendiri.
 

 
Karnival yang bermula pada 15 Mac ini memberikan pengalaman interaktif yang menarik kepada kanak-kanak. Mereka berpeluang untuk melihat karakter Mickey dengan lebih dekat. Trak Roadster Racers akan menjelajah ke tiga negeri di Malaysia: Kuala Lumpur 15 hingga 26 Mac); Pulau Pinang (29 Mac-4 April) dan Kota Bharu (6 hingga 8 April).
 
Terdapat banyak aktiviti menarik yang bertemakan Roadster Racers antaranya perlumbaan dengan kenderaan Roadsters mereka sendiri melalui laluan perlumbaan Hot Bod Hill Race, menerima lesen peribadi Roadster, mereka topi keledar Roadster dan mengambil bahagian dalam aktiviti seni dan kraf yang bertemakan Mickey.
 
Mickey and Racers Roadster akan ditayangkan di Disney Junior (ASTRO Ch613) pada 24  Mac, jam 2.30 petang.
 

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter