Carrie Mozzibuster Halang Gigitan Nyamuk

Kes denggi di Malaysia sudah menjadi perkara biasa dengan pertambahan di kawasan bandar dan luar bandar.

Pada tahun lalu saja, kes denggi dicatatkan melebihi 75,000 termasuk 166 kematian.

 

Kehadiran Virus Zika juga telah menimbulkan kerisauan kepasa ramai. Menurut WHO perlindungan daripada gigitan nyamuk adalah kunci penting untuk mengelak penyakit bawaan nyamuk.

Jenama yang dipercayai ramai, Carrie telah melancarkan dua produk terbaru untuk menghalang nyamuk iaitu Carrie Mozzibuster Losen Penghalau Nyamuk dan Carri Mozzibuster Losen Penghalau Nyamuk dengan Perlindungan UV. Kedua-dua losyen ini telah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga lapan jam.

Losen penghalau nyamuk Carrie Mozzibuster boleh digunakan setiap hari di dalam rumah manakala losen penghalau nyamuk Carrie Mozzibuster dengan perlindungan UV hadir dengan perlindungan daripada matahari untuk aktiviti luar.

Losyen ini sesuai untuk kegunaan kulit kanak-kanak dan disahkan halal oleh Jakim. Kedua-dua losen berkenaan sesuai untuk perjalanan jauh dan mudah dibawa dengan saiz 50ml dan 100ml. Carrie Mozzibuster Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya besar dan farmasi di seluruh Malaysia.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter