5 Cara Untuk Tenangkan Anak

Setiap anak ada kerenah tersendiri kerana mereka masih belajar mengenal pasti emosi sendiri. Buat ibu bapa yang sedang melalui fasa sukar ini, cuba kaedah yang Jelita kongsikan ini untuk tenangkan anak dalam apa jua situasi.
 

Gambar: ING image


 
Kira sampai lima

Mengira adalah cara terbaik untuk bantu si kecil belajar cara berhenti dan berfikir sebelum bertindak.
 
Tarik nafas panjang

Cara ini sebahagian kaedah untuk relaks. Tidak kira apa jua perasaan anak itu, bila menarik nafas panjang pasti membantu menenangkan tubuh dengan cepat.
 
Masukkan Tangan Dalam Poket

Kaedah ini boleh membantu anak yang sedang mengamuk mengurangkan pergerakannya. Cara lain adalah menyuruhnya duduk di atas tangan.
 
Genggam Dan Relakskan Tangan

Menggengam tangan kemudian merelakskannya adalah cara baik untuk menyingkirkan tekanan yang ‘membina’ di dalam tubuh. Biasanya, anak anda tidak sedar betapa banyaknya tekanan yang mereka simpan dalam tubuh bila sedang mengamuk.
 
Minta Pelukan

Cara mujarab untuk menenangkan keadaan.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter