3 Sebab Kenapa Anak Tertekan Dengan Ibu Bapa

Tidak ramai ibu bapa yang sedar, sikap anak kadangkala berpunca daripada kesilapan ibu bapa iu sendiri. Pendekatan yang digunakan dalam membesarkan anak ada di antaranya tidak sesuai. Oleh itu, Jelita senaraikan tiga sebab kenapa anak tertekan dengan ibu bapa.
 

 
Ibu bapa tidak menghormati pendapat anak

Beri peluang kepada anak untuk meluahkan perasaan dan pendapat. Anak juga mahu suara mereka didengar ibu bapa. Ibu bapa pula perlu menjadi pendengar untuk luahan yang ingin diperkatakan anak. Jangan sesekali mengabaikan setiap kata anak kerana ini amat memberi kesan kepada sikap mereka.
 
Buat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu

Ini kesilapan besar kebanyakan ibu bapa. Mereka gemar membuat keputusan untuk anak tanpa berbincang terlebih dahulu dengan si tuan punya badan. Anak juga mempuyai hak ke atas diri mereka dan ibu bapa tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan segala-galanya buat si anak. Setiap keputusan yang bakal di ambil harus di bawa berbincang.
 
Tidak membenarkan mereka menggunakan gajet

Benar, penggunaan gajet yang keterlaluan mampu memberi pengaruh negatif. menghalang anak menggunakan gajet serta merta adalah adalah tindakan yang silap. Sebaliknya, ibu bapa boleh meletakkan peraturan. Contoh: anak hanya dibenarkan menggunakan gajet satu jam sehari atau waktu makan tidak dibnarkan bermain telefon bimbit.

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter