10 Sokongan Untuk Anak Memakai Cermin Mata

Cermin mata penting untuk anak yang mempunyai masalah mata. Apabila seseorang kanak-kanak itu memerlukan cermin mata, memang mereka memerlukannya! Usah beranggapan mereka terlalu kecil untuk memakai cermin mata. Bayi atau kanak-kanak memerlukan cermin mata unuk membaiki rabun jauh, rabun dekat, astigmatism atau bagi sesetengah kes juling. Selain itu, cermin mata dapat mengelakkan daripada penglihatan menjadi lebih teruk serta mata malas.

Sekiranya terdapat gangguan penglihatan dan boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata walaupun penglihatan tidak dapat dibaiki sepenuhnya, tiada alasan untuk tunggu lagi. Usia sekecil mana sekali pun boleh belajar memakai cermin mata.
Tip beri sokongan kepada anak supaya memakai cermin mata

  1. Pastikan preskripsi cermin mata adalah betul. Jika preskripsi tepat, cuba terangkan keperluan memakai cermin mata kepada si kecil.
  2. Pastikan bingkai cermin mata anak anda sesuai dan selesa dipakai.
  3. Periksa kedudukan cermin mata secara berkala bagi memastikan tidak terdapat sebarang alahan pada kulit.
  4. Pilih bingkai cermin mata tahan lama serta mempunyai tangkai yang boleh dililit pada belakang telinga. Ini menjadikan bingkai cermin mata berada pada kedudukan yang baik dan sukar ditanggalkan kanak-kanak.
  5. Pastikan mereka selesa dengan pemakaian cermin mata. Mulakan dengan memakai cermin mata untuk tempoh satu jam atau lebih dan tambahkan waktu pemakaian sehingga si kecil boleh mengadaptasi dan memakainya untuk jangka masa lebih lama. Adakalanya walaupun preskripsi cermin mata adalah betul, kanak-kanak mungkin berasa sakit mata atau pening kepala ketika proses adaptasi memakai cermin mata baru.
  6. Berikan kata-kata perangsang yang boleh menggalakkan anak memakai cermin mata
  7. Beri komen atau tumpuan pada sesuatu yang lain bukan hanya pada cermin mata.
  8. Kebanyakan ibu bapa memberi komen berkaitan cermin mata. Sebagai contoh, beri pujian pada mata mereka cantik, senyuman lebih menawan dan perangai yang baik agar mereka berasa senang hati dan ceria.
  9. Tidak cukup dengan hanya mengatakan kanak-kanak kelihatan menarik dengan cermin mata, anda sebagai ibu bapa perlu memberi komen mengenai warna cermin mata, bentuk cermin mata sesuai dengan bentuk muka dan personaliti mereka.
  10. Tanpa komen yang baik, kanak-kanak mungkin berasa malu atau sedih untuk memakai cermin mata.

Type keyword(s) and press Enter